Adakah Anda Rasa Aircond Tak Sejuk ?
Jika aircond tak sejuk,anda dinasihatkan supaya “off” aircond tersebut.Ini kerana aircond tak sejuk boleh menyebabkan kerosakan pada part lain jika terus digunakan.Call technician aircond anda segera.
Ramai yang tak tahu,jika aircond tak sejuk dibiarkan “On” boleh menyebabkan kerosakan lebih teruk.Antaranya ialah compressor aircond.Tapi sebelum nak call technician,perkara pertama yang anda perlu pastikan ialah :-
- Remote berfungsi dengan baik
- Bateri remote masih elok
- Setting pada remote mesti di MODE “COOL” dengan suhu 16c
Jika semua nya dah ok tapi masih aircond tak sejuk,call technician anda sekarang.
Sebab Pertama Kenapa Aircond Tak Sejuk
Masalah Pemasangan
Pemasangan tidak mengikut standard yang ditetapkan.Unit outdoor dipasang di tempat yang tidak sesuai.Tiada pengaliran udara yang baik.Saiz copper pipe yang tidak tepat digunakan.Kes ini selalu terjadi apabila rumah yang sudah tersedia copper pipe dalam dinding.
Sepatutnya copper tersebut untuk aircond 2hp,tetapi dipasang aircond 1hp.Masalah ini selalunya disebabkan owner rumah sudah membeli aircond tanpa merujuk pada technician aircond yang bertauliah.
Sebab Kedua Kenapa Aircond Tak Sejuk
Aircond Gas Habis Atau Tidak Mencukupi
Masih ramai yang tidak faham,bahawa gas aircond tidak akan kurang sekiranya tiada kebocoran.Sekiranya aircond anda kurang gas,ini bermakna ada kebocoran.Antara sebab bocor ialah:-
1) Nut Tak Ketat
2) Nut Pecah Semasa Pemasangan
3) Sambungan copper pipe pecah
4) Service Valve Rosak
5) Evaporator/Condenser Coil bocor.
Sebab-sebab diatas berkait rapat dengan kurangnya pengalaman dalam pemasangan aircond.Banyak kes terjadi,client complaint aircond tak sejuk walaupun tak sampai sebulan dipasang.Selepas diperiksa,aircond tersebut tiada gas atau tidak mencukupi.
Ada 1 kes ni,baru servis aircond tak sampai sebulan,tiba-tiba aircond dah tak sejuk.Client call kami minta tolong cek,selepas pemeriksaan oleh technician,didapati gas aircond tiada.Maknanya ada kebocoran gas berlaku selepas servis.Perlu diingatkan ya,gas aircond ni mahal sekarang ni.Dahla macam-macam gas aircond sekarang ni,R22 gas ni jenis lama,yang terbaru sekarang aircond guna gas R32.
Jika anda tinggal dia area Sungai Buloh,anda boleh hubungi kami di Service Aircond Sungai Buloh
Saya ada kongsikan artikel mengenai Adakah Gas Aircond Habis Punca Tak Sejuk?Perlukah Topup Gas Aircond Setiap Kali Servis?
Adakah Gas Air Cond Habis Punca Tak Sejuk?Perlukah Topup Gas Setiap Kali Service?
Sebab Ketiga Kenapa Aircond Tak Sejuk
Horse Power(HP) Aircond Tidak Cukup
Bilik yang perlu aircond 2hp jika dipasang aircond 1hp sudah tentu bilik tersebut tidak sejuk.Untuk menentukan bilik tersebut perlu dipasang aircond berapa horse power(HP),anda perlu panggil technician aircond yang bertauliah.
Ini kerana,terdapat beberapa formula untuk menentukan kapasiti aircond yang bersesuaian.Bukannya sekadar agak-agak sahaja.Aircond yang tidak cukup horse power(HP) bukan sahaja tak sejuk,malah menyebabkan bil elektrik tinggi.
Sebab Keempat Aircond Tak Sejuk
Tidak Cuci Filter Setiap Bulan
Tahukah anda,filter pada aircond itu perlu dicuci setiap bulan.Caranya sangat mudah,anda hanya perlu tanggalkan dan cuci.Selepas itu keringkan dan pasang semula.Filter yang bersih akan membuat aircond bekerja lebih efisen dan udara yang dikeluarkan pun bersih dan segar.
Filter yang dipenuhi habuk akan menyebabkan aircond tak sejuk.Perlu diingatkan juga,setahun sekali aircond anda perlu buat full service chemical cleaning.
Sebab Kelima Aircond Tak Sejuk
Capacitor Atau Compressor Yang Rosak
Compressor aircond ini serupa jantung pada aircond.Jika ianya rosak,aircond anda akan menjadi tidak sejuk.Compressor aircond tidak boleh dibaiki,ianya hanya boleh ditukar ganti dengan yang baru.Tetapi selalunya capacitor compressor sahaja yang rosak.Kos tukar capacitor jauh lebih murah berbanding kos tukar compressor.Jadi,untuk memastikan part apa yang rosak,anda perlu panggil technician aircond yang berpengalaman.
Kos untuk menukar compressor ini sangat mahal.Sebab itu,rata-rata kilang memberikan warranty 5 tahun untuk compressor aircond sahaja.Ada juga yang beri 7 & 10 tahun warranty.
Antara sebab compressor aircond rosak ialah:-
1) Gas tiada,tetapi aircond dibiarkan hidup
2) Tidak membuat major servis
3) Aircond salah pemasangan
Pastikan aircond anda diselenggara oleh technician aircond yang bertauliah.Carilah technician dari syarikat yang berdaftar jika anda tidak mahu kerugian di masa akan datang.
Sebaiknya terus call technician anda sekiranya aircond tak sejuk.Off kan aircond sehingga technician tiba untuk membuat pemeriksaan.
Boleh dapatkan bantuan di Servis Aircond Rumah
Salam sejahtera.
Kenapa setiap kali saya tukar ( Hampir 3 kali dan terus padam ) fius 3 Amp pada soket 3 pin, aircond akan padam selepas beberapa minit. Apakah puncanya?
Salam.kenapa tukar fius tu? kalau fius selalu terbakar kemungkinan aircond anda High Amp..Perlu cek amp di compressor atau mungkin aircond terlampau kotor.Boleh hubungi kami sekiranya anda di kawasan Shah Alam & Kl 0193276957
Kenapa Aircond unit dlm bilik cepat kumpul habuk pada kipas yg nenyebabkan aircond leaking walaupun baru sebulan buat chemical service?
Kenapa tiba tiba akan keluar warna kuning dilambang jam(indoor) dan aircond tak sejuk
Bole tau tak anggaran harga compressor panasonic 1.5hp
Bru 2 hari guna, tetiba aircond x sejuk
Selepas membuat major service aircond saya kurang sejuk,sebelum nya sejuk juga sebelum service, compressor semua runing mcm biasa
Sy bru psang sebulan..aircond dh X sejuk..lampu timer jdi berkelip2..lmpu hijau padam..aircond acson dn aircond baru bkn sconhan
Bila ekon dibuka selang beberapa min akon akan keluarkan angin sahaja dan selang beberapa min ekon sejuk akan menyala? Ia akan berterusan seterusnya…..
3
Postingannya Menarik, Silahkan Mengunjungi Ke Website Ekspedisi Surabaya Ke Makassar Kunjungi Website Kami Yuk Lihat disini Ekspedisi Makassar Mangkutana
Aicond jenama midea 1.5hp problem dia bila runing 15 minit akan padam sendiri..button resert dah brp kali buat xthu mcm mna nak boleh x tunjuk ajar cara nak setting
Hi, kalau gas aircond berlebihan, ada kesan apa2 ke, means rasa kurg sejuk ke, or boleh rosak anything?
As salam…nk tny…kenapa outdoor unit keluar angin sejuk?…yg dlm rumah kluar angin je tp x sejuk
area sg buloh cover tak?
5
Salam…nk tanya..apa punca kalau capasitor kompresor selalu rosak…
Salam.
Aircond panasonic R410, Sebelum ni timer berkelip kelip. 13/08/2020 saya panggil orang untuk servis, then dia cakap gas kurang. So saya service sekali isi gas. And now 15/09/2020 jadi lagi sekali, timer berkelip kelip. Boleh tahu tak apa masalah dia?
Saya nak Tanya.. kalau kita dh offkan aircond… tpi kompressor kita still on lagi? Macam mne nk buat ye? Atau ini memang normal
aircond apa tu..ada suis aircond atau tak?
3.5
Salam. aircon guna brand york. tak sejuk lps tu yg kt tepi tu biasa nya lampu kuning skg ni da lampu oren tu yg sebab x sejuk or siapa2 blh tolong mcm mana cara hilangkan lampu warna oren tu? takut ada yg sy tertekan
salam..biasanya lampu oren tu sebab timer puan..boleh tekan cancel kat remote tu..tapi jangan lupa halakan ke aircond masa tekan cancel tu.
1.5
Assalamualaikum.. sy nak tanya.. aircond sy tak sejuk,ni kali kedua isi gas dr masa start pemasangan smsa pindah rmh.. tak sampai sebulan pindah dah 2x isi gas.. technician dah cek,katanya tak da kebocoran.. tak da masalah.. tp skrg aircond tak sejuk lg.. baru seminggu isi gas.. tak kan nak isi gas lg.. rasa rugi bayar tiap kali isi gas.. tak bbaloi.. 😭
Salam puan,memang aircond puan tu ada masalah leaking gas.Technician perlu buat pressure test.Kalau sekadar topup gas takkan selesai masalah.
salam,kenapa aircond xsejuk sbb baru servis ja?
salam,biasa kalau lepas servis aircond tak sejuk mesti ada gas bocor.Kena panggil technician yang buat utk cek semula
Aircond rumah, bila on sejuk . Tpi selang2 5 minit cut off kemudian sejuk seperti biasa lepas tu 5 minit lagi cut off lagi, kenapa tu ya?
Aircond rumah, bila on sejuk . Tpi selang2 5 minit cut off kemudian sejuk seperti biasa lepas tu 5 minit lagi cut off lagi, kenapa tu ya? ..
salam,first tgk setting kat remote pastikan mode cool dan suhu 16c
lepastu kalau dah ok,tgk outdoor unit kipas jalan tak? Kalau kipas ok,pastikan outdoor unit bersih
Bila last buat servis aircond?