5 Punca Kenapa Aircond Tak Sejuk Walaupun Suhu 16c

5 Punca Kenapa Aircond Tak Sejuk Walaupun Suhu 16c

Adakah Anda Rasa Aircond Tak Sejuk ?

Jika aircond tak sejuk,anda dinasihatkan supaya “off” aircond tersebut.Ini kerana aircond tak sejuk boleh menyebabkan kerosakan pada part lain jika terus digunakan.Call technician aircond anda segera.

Ramai yang tak tahu,jika aircond tak sejuk dibiarkan “On” boleh menyebabkan kerosakan lebih teruk.Antaranya ialah compressor aircond.

Sebab Pertama Kenapa Aircond Tak Sejuk

Masalah Pemasangan

Pemasangan tidak mengikut standard yang ditetapkan.Unit outdoor dipasang di tempat yang tidak sesuai.Tiada pengaliran udara yang baik.Saiz copper pipe yang tidak tepat digunakan.Kes ini selalu terjadi apabila rumah yang sudah tersedia copper pipe dalam dinding.

Sepatutnya copper tersebut untuk aircond 2hp,tetapi dipasang aircond 1hp.Masalah ini selalunya disebabkan owner rumah sudah membeli aircond tanpa merujuk pada technician aircond yang bertauliah.

Sebab Kedua Kenapa Aircond Tak Sejuk

Aircond Gas Habis Atau Tidak Mencukupi

Masih ramai yang tidak faham,bahawa gas aircond tidak akan kurang sekiranya tiada kebocoran.Sekiranya aircond anda kurang gas,ini bermakna ada kebocoran.Antara sebab bocor ialah:-

1) Nut Tak Ketat
2) Nut Pecah Semasa Pemasangan
3) Sambungan copper pipe pecah
4) Service Valve Rosak
5) Cooling Coil bocor.

Sebab-sebab diatas berkait rapat dengan kurangnya pengalaman dalam pemasangan aircond.Banyak kes terjadi,client complaint aircond tak sejuk walaupun tak sampai sebulan dipasang.Selepas diperiksa,aircond tersebut tiada gas atau tidak mencukupi.

Sebab Aircond Tak Sejuk-gas aircond habis

Saya ada kongsikan artikel mengenai Adakah Gas Aircond Habis Punca Tak Sejuk?Perlukah Topup Gas Aircond Setiap Kali Servis?

Adakah Gas Air Cond Habis Punca Tak Sejuk?Perlukah Topup Gas Setiap Kali Service?

Sebab Ketiga Kenapa Aircond Tak Sejuk

Horse Power(HP) Aircond Tidak Cukup

Bilik yang perlu aircond 2hp jika dipasang aircond 1hp sudah tentu bilik tersebut tidak sejuk.Untuk menentukan bilik tersebut perlu dipasang aircond berapa horse power(HP),anda perlu panggil technician aircond yang bertauliah.

Ini kerana,terdapat beberapa formula untuk menentukan kapasiti aircond yang bersesuaian.Bukannya sekadar agak-agak sahaja.Aircond yang tidak cukup horse power(HP) bukan sahaja tak sejuk,malah menyebabkan bil elektrik tinggi.

Sebab Keempat Aircond Tak Sejuk

Tidak Cuci Filter Setiap Bulan

Tahukah anda,filter pada aircond itu perlu dicuci setiap bulan.Caranya sangat mudah,anda hanya perlu tanggalkan dan cuci.Selepas itu keringkan dan pasang semula.

Filter yang dipenuhi habuk akan menyebabkan aircond tak sejuk.Perlu diingatkan juga,setahun sekali aircond anda perlu buat service chemical cleaning.

5 Sebab Aircond Tak Sejuk

Sebab Kelima Aircond Tak Sejuk

Capacitor Atau Compressor Yang Rosak

Compressor aircond ini serupa jantung pada aircond.Jika ianya rosak,aircond anda akan menjadi tidak sejuk.Compressor aircond tidak boleh dibaiki,ianya hanya boleh ditukar ganti dengan yang baru.Tetapi selalunya capacitor compressor sahaja yang rosak.Kos tukar capacitor jauh lebih murah berbanding kos tukar compressor.Jadi,untuk memastikan part apa yang rosak,anda perlu panggil technician aircond yang berpengalaman.

Kos untuk menukar compressor ini sangat mahal.Sebab itu,rata-rata kilang memberikan warranty 5 tahun untuk compressor aircond sahaja.Ada juga yang beri 7 & 10 tahun warranty.

Antara sebab compressor aircond rosak ialah:-

1) Gas tiada,tetapi aircond dibiarkan hidup
2) Tidak membuat major servis
3) Aircond salah pemasangan

Pastikan aircond anda diselenggara oleh technician aircond yang bertauliah.Carilah technician dari syarikat yang berdaftar jika anda tidak mahu kerugian di masa akan datang.

Sebaiknya terus call technician anda sekiranya aircond tak sejuk.Off kan aircond sehingga technician tiba untuk membuat pemeriksaan.

Boleh dapatkan bantuan Adimada Aircond Service Shah Alam

Share on Whatsapp

This Post Has 25 Comments

  1. Jack

    Salam sejahtera.
    Kenapa setiap kali saya tukar ( Hampir 3 kali dan terus padam ) fius 3 Amp pada soket 3 pin, aircond akan padam selepas beberapa minit. Apakah puncanya?

    1. Apis Adimada

      Salam.kenapa tukar fius tu? kalau fius selalu terbakar kemungkinan aircond anda High Amp..Perlu cek amp di compressor atau mungkin aircond terlampau kotor.Boleh hubungi kami sekiranya anda di kawasan Shah Alam & Kl 0193276957

    2. Noorrita Abdullah

      Kenapa Aircond unit dlm bilik cepat kumpul habuk pada kipas yg nenyebabkan aircond leaking walaupun baru sebulan buat chemical service?

  2. Radzi

    Kenapa tiba tiba akan keluar warna kuning dilambang jam(indoor) dan aircond tak sejuk

  3. Zaharah

    Bole tau tak anggaran harga compressor panasonic 1.5hp

  4. Dwi

    Bru 2 hari guna, tetiba aircond x sejuk

  5. Anddy paul

    Selepas membuat major service aircond saya kurang sejuk,sebelum nya sejuk juga sebelum service, compressor semua runing mcm biasa

  6. Nik shafie

    Sy bru psang sebulan..aircond dh X sejuk..lampu timer jdi berkelip2..lmpu hijau padam..aircond acson dn aircond baru bkn sconhan

  7. Salleh

    Bila ekon dibuka selang beberapa min akon akan keluarkan angin sahaja dan selang beberapa min ekon sejuk akan menyala? Ia akan berterusan seterusnya…..

  8. Anonymous

    3

  9. Hasief

    Hi, kalau gas aircond berlebihan, ada kesan apa2 ke, means rasa kurg sejuk ke, or boleh rosak anything?

  10. NOR FARAH ASHIREEN BT MOHD RADZI

    As salam…nk tny…kenapa outdoor unit keluar angin sejuk?…yg dlm rumah kluar angin je tp x sejuk

  11. Nor Hafizah Ali

    area sg buloh cover tak?

  12. Anonymous

    5

  13. Wan ridwan

    Salam…nk tanya..apa punca kalau capasitor kompresor selalu rosak…

  14. Azmir

    Salam.
    Aircond panasonic R410, Sebelum ni timer berkelip kelip. 13/08/2020 saya panggil orang untuk servis, then dia cakap gas kurang. So saya service sekali isi gas. And now 15/09/2020 jadi lagi sekali, timer berkelip kelip. Boleh tahu tak apa masalah dia?

  15. Aiemanhziq

    Saya nak Tanya.. kalau kita dh offkan aircond… tpi kompressor kita still on lagi? Macam mne nk buat ye? Atau ini memang normal

    1. Apis Adimada

      aircond apa tu..ada suis aircond atau tak?

  16. Anonymous

    3.5

  17. NIDSA ARSA

    Salam. aircon guna brand york. tak sejuk lps tu yg kt tepi tu biasa nya lampu kuning skg ni da lampu oren tu yg sebab x sejuk or siapa2 blh tolong mcm mana cara hilangkan lampu warna oren tu? takut ada yg sy tertekan

    1. Apis Adimada

      salam..biasanya lampu oren tu sebab timer puan..boleh tekan cancel kat remote tu..tapi jangan lupa halakan ke aircond masa tekan cancel tu.

  18. Anonymous

    1.5

  19. hadzri

    salam,kenapa aircond xsejuk sbb baru servis ja?

    1. Apis Adimada

      salam,biasa kalau lepas servis aircond tak sejuk mesti ada gas bocor.Kena panggil technician yang buat utk cek semula

Leave a Reply to Wan ridwan Cancel reply