Adakah Anda Rasa Aircond Tak Sejuk ?
Jika aircond tak sejuk,anda dinasihatkan supaya “off” aircond tersebut.Ini kerana aircond tak sejuk boleh menyebabkan kerosakan pada part lain jika terus digunakan.Call technician aircond anda segera.
Ramai yang tak tahu,jika aircond tak sejuk dibiarkan “On” boleh menyebabkan kerosakan lebih teruk.Antaranya ialah compressor aircond.
Sebab Pertama Kenapa Aircond Tak Sejuk
Masalah Pemasangan
Pemasangan tidak mengikut standard yang ditetapkan.Unit outdoor dipasang di tempat yang tidak sesuai.Tiada pengaliran udara yang baik.Saiz copper pipe yang tidak tepat digunakan.Kes ini selalu terjadi apabila rumah yang sudah tersedia copper pipe dalam dinding.
Sepatutnya copper tersebut untuk aircond 2hp,tetapi dipasang aircond 1hp.Masalah ini selalunya disebabkan owner rumah sudah membeli aircond tanpa merujuk pada technician aircond yang bertauliah.
Sebab Kedua Kenapa Aircond Tak Sejuk
Aircond Gas Habis Atau Tidak Mencukupi
Masih ramai yang tidak faham,bahawa gas aircond tidak akan kurang sekiranya tiada kebocoran.Sekiranya aircond anda kurang gas,ini bermakna ada kebocoran.Antara sebab bocor ialah:-
1) Nut Tak Ketat
2) Nut Pecah Semasa Pemasangan
3) Sambungan copper pipe pecah
4) Service Valve Rosak
5) Cooling Coil bocor.
Sebab-sebab diatas berkait rapat dengan kurangnya pengalaman dalam pemasangan aircond.Banyak kes terjadi,client complaint aircond tak sejuk walaupun tak sampai sebulan dipasang.Selepas diperiksa,aircond tersebut tiada gas atau tidak mencukupi.
Saya ada kongsikan artikel mengenai Adakah Gas Aircond Habis Punca Tak Sejuk?Perlukah Topup Gas Aircond Setiap Kali Servis?
Adakah Gas Air Cond Habis Punca Tak Sejuk?Perlukah Topup Gas Setiap Kali Service?
Sebab Ketiga Kenapa Aircond Tak Sejuk
Horse Power(HP) Aircond Tidak Cukup
Bilik yang perlu aircond 2hp jika dipasang aircond 1hp sudah tentu bilik tersebut tidak sejuk.Untuk menentukan bilik tersebut perlu dipasang aircond berapa horse power(HP),anda perlu panggil technician aircond yang bertauliah.
Ini kerana,terdapat beberapa formula untuk menentukan kapasiti aircond yang bersesuaian.Bukannya sekadar agak-agak sahaja.Aircond yang tidak cukup horse power(HP) bukan sahaja tak sejuk,malah menyebabkan bil elektrik tinggi.
Sebab Keempat Aircond Tak Sejuk
Tidak Cuci Filter Setiap Bulan
Tahukah anda,filter pada aircond itu perlu dicuci setiap bulan.Caranya sangat mudah,anda hanya perlu tanggalkan dan cuci.Selepas itu keringkan dan pasang semula.
Filter yang dipenuhi habuk akan menyebabkan aircond tak sejuk.Perlu diingatkan juga,setahun sekali aircond anda perlu buat service chemical cleaning.
Sebab Kelima Aircond Tak Sejuk
Capacitor Atau Compressor Yang Rosak
Compressor aircond ini serupa jantung pada aircond.Jika ianya rosak,aircond anda akan menjadi tidak sejuk.Compressor aircond tidak boleh dibaiki,ianya hanya boleh ditukar ganti dengan yang baru.Tetapi selalunya capacitor compressor sahaja yang rosak.Kos tukar capacitor jauh lebih murah berbanding kos tukar compressor.Jadi,untuk memastikan part apa yang rosak,anda perlu panggil technician aircond yang berpengalaman.
Kos untuk menukar compressor ini sangat mahal.Sebab itu,rata-rata kilang memberikan warranty 5 tahun untuk compressor aircond sahaja.Ada juga yang beri 7 & 10 tahun warranty.
Antara sebab compressor aircond rosak ialah:-
1) Gas tiada,tetapi aircond dibiarkan hidup
2) Tidak membuat major servis
3) Aircond salah pemasangan
Pastikan aircond anda diselenggara oleh technician aircond yang bertauliah.Carilah technician dari syarikat yang berdaftar jika anda tidak mahu kerugian di masa akan datang.
Sebaiknya terus call technician anda sekiranya aircond tak sejuk.Off kan aircond sehingga technician tiba untuk membuat pemeriksaan.
Salam sejahtera.
Kenapa setiap kali saya tukar ( Hampir 3 kali dan terus padam ) fius 3 Amp pada soket 3 pin, aircond akan padam selepas beberapa minit. Apakah puncanya?
Salam.kenapa tukar fius tu? kalau fius selalu terbakar kemungkinan aircond anda High Amp..Perlu cek amp di compressor atau mungkin aircond terlampau kotor.Boleh hubungi kami sekiranya anda di kawasan Shah Alam & Kl 0193276957
Electrical Power Specialties Pro Trouble Shooter
011-21959045
Kenapa Aircond unit dlm bilik cepat kumpul habuk pada kipas yg nenyebabkan aircond leaking walaupun baru sebulan buat chemical service?
Kenapa tiba tiba akan keluar warna kuning dilambang jam(indoor) dan aircond tak sejuk
Bole tau tak anggaran harga compressor panasonic 1.5hp
Bru 2 hari guna, tetiba aircond x sejuk
Selepas membuat major service aircond saya kurang sejuk,sebelum nya sejuk juga sebelum service, compressor semua runing mcm biasa
Sy bru psang sebulan..aircond dh X sejuk..lampu timer jdi berkelip2..lmpu hijau padam..aircond acson dn aircond baru bkn sconhan
Bila ekon dibuka selang beberapa min akon akan keluarkan angin sahaja dan selang beberapa min ekon sejuk akan menyala? Ia akan berterusan seterusnya…..
Postingannya Menarik, Silahkan Mengunjungi Ke Website Ekspedisi Surabaya Ke Makassar Kunjungi Website Kami Yuk Lihat disini Ekspedisi Makassar Mangkutana
Hi, kalau gas aircond berlebihan, ada kesan apa2 ke, means rasa kurg sejuk ke, or boleh rosak anything?
As salam…nk tny…kenapa outdoor unit keluar angin sejuk?…yg dlm rumah kluar angin je tp x sejuk
area sg buloh cover tak?
Salam…nk tanya..apa punca kalau capasitor kompresor selalu rosak…
Salam.
Aircond panasonic R410, Sebelum ni timer berkelip kelip. 13/08/2020 saya panggil orang untuk servis, then dia cakap gas kurang. So saya service sekali isi gas. And now 15/09/2020 jadi lagi sekali, timer berkelip kelip. Boleh tahu tak apa masalah dia?