BETUL KE GAS AIR COND AKAN HABIS?
Gas air cond ni takkan habis kalau takda bocor.Selalunya bila air cond tak sejuk baru teringat dah lama rupanya tak servis.
Rata-rata kes yang kami temui, beritahu last servis air cond tahun lepasla,sejak beli tak pernah servisla,dan yang paling dasyat tak ingat bila mereka kali terakhir servis air cond.
Gas air cond ni habis salah satu sebabnya ialah “Gas Bocor”.
Samada memang dari asal pemasangan ataupun ada nut pada aircond yang tidak ketat.
Pernah juga terjadi selepas servis aircond anda rasa tak sejuk selepas beberapa hari.
Kes begini biasanya disebabkan nut tidak ketat ataupun terlebih ketat sehingga merosakkan copper aircond tersebut.

Ianya mungkin juga cooper pipe pecah dan sambungan pipe yang tidak kemas,ada juga kes yang berlaku kebocoran berlaku pada evaporator air cond.
Jika gas air cond anda terdapat kebocoran pada evaporator coil,kami cadangkan tukar baru sahaja.
Kes seperti ini selalu nya unit dah lama,sebaiknya tukar aircond baru sahaja.
Gas Air cond Takkan Habis Sekiranya Tiada Kebocoran

Jika anda tinggal di sekitar Shah Alam,boleh gunakan khidmat Servis Aircond Rumah tengok SINI
Sebenarnya,masih ramai yang menganggap setiap kali servis perlu topup gas air cond.
Untuk pengetahuan anda,Gas Air cond ni tidak akan habis sekiranya tiada kebocoran.
Ha ! Mesti anda terkejut kan?
Gas aircond anda itu hanya akan berkurang atau habis sekiranya ada kebocoran sahaja.
“Aik,bukan kena topup gas aircond ke?Aircond saya dah kurang sejuk?”
Tak perlu ! Gas aircond bukannya petrol atau gas memasak yang bila kita dah guna akan habis.
Adakah anda pernah topup gas peti ais rumah anda?
Air cond anda tak sejuk ada banyak sebab,bukan hanya sebab gas sahaja.
Lagipun kalau air cond anda terdapat kebocoran gas,technician aircond perlu cari punca bocor dan repair.
Kemudian barula isi gas air cond yang baru.
Sekiranya technician aircond anda hanya topup gas air cond sahaja masalah tidak akan selesai.Esok lusa gas itu akan habis semula.
Baca Juga 5 Punca Kenapa Aircond Tak Sejuk Walaupun Suhu 16c
Nak cari punca kebocoran bukannya kerja senang tuan puan.
Memang susah sebenarnya untuk technician nak kenalpasti kebocoran ni,nasib baik jumpa sekejap sahaja.
Kadang-kadang tu sampai 2 -3 kali datang pun masih tidak jumpa juga.Lagi-lagi kalau cooper pipe dalam batu dan panjang.
Untuk kenalpasti masalah kebocoran gas aircond ni perlukan technician yang berpengalaman dan mahir.
Kami ada sediakan perkhidmatan “Pressure Test” untuk air cond yang mengalami masalah kebocoran gas.Kami akan masukkan gas nitrogen sebanyak 300-400 psi untuk mengenalpasti kebocoran di 3 bahagian utama iaitu
- Copper pipe
- Indoor unit ( Evaporator coil)
- Outdoor unit ( Condenser coil)
Selepas mengenalpasti kebocoran,barulah kami akan ambil tindakan susulan samada air cond tersebut boleh di baiki lagi atau kena tukar sparepart.Contohnya kalau masih boleh dibaiki kami akan buat spt
- Welding/Brazing bahagian yang bocor
- Gantikan nut yang pecah atau rosak
- Buat flare baru
- Gantikan copper pipe baru
- Gantikan evaporator baru
Air cond Jadi Berais Sekiranya Gas Bocor

Kalau anda perasan aircond anda dah mula keluar bunyi bising dan macam keluar salji dari air cond tu,tandanya aircond anda menjadi ais.Ini petanda buruk tuan puan,bukannya air cond tu keluarkan salji.Huhu..
Jangan tunggu lama-lama,terus offkan aircond tu dan panggil technician air cond yang mahir.Kenapa saya bagitahu macam tu? Sebabnya kalau tuan puan biarkan,kemungkinan besar aircond tu boleh rosak dan menyebabkan kerugian yang lebih besar berlaku.
Dah 3-4 kali Technician Aircond Isi Gas,Sekejap Je Sejuk Lepastu Tak Sejuk Balik ?
Sebab itu mereka yang menggunakan khidmat kami,akan diberikan WARRANTY 3 bulan untuk masalah kebocoran gas air cond yang kami baiki.Ini kerana berlaku kebocoran kecil ianya mengambil masa 2-3 bulan untuk anda kesan.Denga warranty yang kami berikan,anda tak perlu risau lagi.Sekiranya dalam masa 3 bulan aircond anda tak sejuk,boleh panggil kami semula.
Anda boleh Hubungi Kami sekiranya mengalami masalah air cond tak sejuk.
Jika anda tinggal di sekitar Shah Alam,boleh gunakan khidmat Servis Aircond Rumah tengok SINI
Syarikat kami Adimada Engineering (M) Sdn Bhd mempunyai technician aircond yang berpengalaman melebihi 10 tahun dalam bidang aircond ni.
Syarikat kami beroperasi sekitar Lembah Kelang.
Antara lokasinya seperti:-
a) Subang Bestari,Subang Perdana
Aircond Service Shah Alam
Kota Damansara
Damansara Damai
Puchong
Kuala Lumpur
Gombak
Puncak Alam
Klang
Aircond Service Sg Buloh
Dan kawasan berdekatan..
Jangan tunggu sehingga aircond dah rosak baru nak panggil technician servis.Ini kerana kos untuk repair ni mahal.Cuba anda ingat semula bila kali terakhir anda servis air cond.Takkan nak tunggu gas air cond habis baru nak panggil servis?
KLIK SINI WHATSAPP KAMI SEKARANG!
Media 1.5hp baru pasang tpi x berape sejuk kenape ya .barang baru
apa punca kebiasaanye
Biasanya gas leak tu,panggil balik installer suruh cek
Pingback: Bagaimana Servis Aircond Rumah Boleh Jimat Elektrik
Pingback: KELEBIHAN HARGA AIRCOND SIAP PASANG YANG RAMAI TAK TAHU