Bila Sepatutnya Kena Buat Servis Aircond Rumah Ini?
Ramai yang bertanya bila waktu sesuai nak buat servis aircond rumah?Sebenarnya jawapan bila nak servis aircond rumah ni bergantung pada penggunaan aircond tersebut.Jika guna aircond 7-8 jam setiap hari,kami cadangkan buat servis aircond rumah setahun sekali sudah memadai.
Tetapi jika hanya guna aircond 1-2 jam dan jarang-jarang,2 tahun sekali dah cukup untuk buat servis aircond rumah.
Aircond saya masih sejuk nak buat apa servis?
Masih ramai yang tak faham kepentingan servis aircond ini.Takkan nak tunggu aircond tak sejuk baru nak servis?Nak tunggu aircond dah rosak baru nak panggil buat servis aircond?
Itu dah jadi kerja baikpulih bukan servis.Kos untuk baikpulih aircond lebih tinggi dari kos servis.
Kenapa Perlu Buat Servis Aircond Rumah
Dari pengalaman kami 18 tahun dalam bidang aircond ini,kami dapati ramai pengguna aircond mempunyai masalah seperti:-
- Aircond tak sejuk
- Aircond keluar air menitik
- Aircond berbau hapak
- Bil elektrik naik melambung tinggi
- Setiap 2-3 bulan perlu topup gas
- Aircond tak boleh on
- Aircond sekejap sejuk lepastu panas
- Anak-anak selalu demam,batuk,dan selsema berulang-ulang
Majoriti masalah diatas boleh diselesaikan dengan kaedah servis chemical cleaning.Kecuali masalah topup gas ni.Ramai sangat yang dah terkena dengan masalah topup gas ni.Untuk pengetahuan semua,gas aircond takkan habis kecuali ada kebocoran.
Baca Sini : Betul Ke Gas Aircond Akan Habis?
Kelebihan Servis Aircond Rumah

Servis aircond ini ada 2 kaedah:
- Full Servce Chemical Cleaning (Overhaul) – Cara ini biasanya kami akan bawa turun aircond dan leraikan satu persatu dan cuci menggunakan chemical khas.Kaedah ini sesuai untuk aircond yang sudah lama tak servis anggaran 2-3 tahun.Sudah tentu harganya agak mahal,tetapi sangat berbaloi.
- Service Chemical Cleaning (using canvas) – Cara ini kami takkan bawa turun aircond.Kami gunakan canvas dan buat service chemical cleaning indoor & outdoor unit.Kaedah ini sesuai untuk aircond yang 6-12 bulan tak servis.Lebih cepat dan jimat masa serta jimat wang.

Daripada salah satu kaedah servis diatas anda akan dapat merasakan:-
- Udara yang bersih dan nyaman
- Angin yang lebih kuat dan lancar
- Aircond sejuk macam baru beli
- Penjimatan elektrik
- Set suhu 25c pun dah cukup
- Aircond tahan lebih lama
Aircond yang dah lama tak servis akan menyebabkan blower dan filter kotor dan tersumbat,Ini adalah punca aircond anda akan menggunakan elektrik yang banyak untuk sejukkan ruang bilik.Aircond terpaksa bekerja keras kerana dalam keadaan kotor dan tersumbat.
Kadar bacaan Ampere akan meningkat dan risiko kerosakan sangat tinggi.Bil elektrik anda akan melambung tinggi.Kalau biasa bil anda RM 80,boleh naik kepada RM 150 kerana dah lama tak servis aircond.
Servis Aircond Rumah Shah Alam
Boleh gunakan perkhidmatan servis aircond rumah Shah Alam,Sungai Buloh,Kota Damansara,Bukit Jelutong,Denai Alam,Elmina,Saujana Utama,Puncak Alam,Setia Alam jika anda tinggal berdekatan.
Kelebihan servis aircond dengan Adimada Aircond Services:
- Warranty sehingga 3 bulan
- Technician yang bertauliah
- Pengalaman lebih 15 tahun
- Tiada cas tersembunyi
Aircond tak sejuk?
Bila kali terakhir anda servis aircond rumah?