Kelebihan Harga Aircond Siap Pasang Yang Ramai Tak Sedar

harga aircond murah-2
Nak Harga Aircond Murah Sangat Akhirnya Menyesal
August 10, 2018
5 Sebab Aircond Tak Sejuk-salah pemasangan
5 Punca Kenapa Aircond Tak Sejuk Walaupun Sudah Setting Suhu 16c
September 20, 2018
harga aircond siap pasang-adimada

Apa Maksud Harga Aircond Siap Pasang ?

Ada banyak kelebihan membeli harga aircond siap pasang.Sebenarnya bila kedai memberikan harga aircond siap pasang,mereka akan mengurangkan sedikit harga upah pasang aircond tersebut.Ini mungkin kerana,ada aircond yang sedang dalam promosi.Jadi untuk memberikan lebih penjimatan,mereka memberikan harga aircond siap pasang.

Mungkin ada banyak kat luar sana yang memberikan harga upah pasang yang lebih murah.Tapi anda kena ambil tahu beberapa perkara sebelum menggunakan perkhidmatan mereka.Jika tidak anda akan mendapat kerugian yang lebih besar.

harga aircond siap pasang

Antaranya:-

  1. Kontraktor yang berdaftar (CIDB)
  2. Perniagaan yang berdaftar (SSM,MOF,DLL)
  3. Kompeten dalam bidang aircond
  4. Mempunyai premis perniagaan 
  5. Jika part time,pastikan anda kenal dan mudah dihubungi.

2 Kelebihan Harga Aircond Siap Pasang

Selain dari mendapat harga yang lebih murah,ada beberapa kelebihan lain yang anda akan dapat jika membeli harga aircond siap pasang.Antaranya:-

  1. Warranty-Jika dengan kami di Adimada Aircond,pelanggan yang membeli aircond siap pasang akan kami uruskan warranty mereka jika berlaku kerosakan pada aircond tersebut secara percuma,Malah kami juga akan,memastikan tuan rumah tidak perlu bersusah payah untuk urusan “claim”.Bayangkan,tempoh warranty compressor ialah 5 tahun.Tak ramai yang simpan warranty card aircond mereka.Bila berlaku masalah pada aircond tersebut,baru menggelabah nak cari.Di Adimada Aircond,anda tak perlu risau.Semua warranty sudah kami failkan dan simpan dengan rapi.Anda hanya perlu call kami dan kami akan uruskan semua.
  2. Kerosakan-Jika berlaku kerosakan pada aircond selepas pemasangan,anda nak panggil siapa?Tokey kedai aircond atau pemasang aircond?Inilah masalah yang sering berlaku.Sebab itu,jika anda membeli harga aircond siap pasang,anda hanya perlu berurusan dengan 1 orang sahaja.Mudah kan?Ada kes yang berlaku,si pemasang aircond tak mengaku salah mereka,selepas itu kedai pun claim warranty dengan Kilang.Apabila technician dari kilang datang dan periksa,mereka mendapati ada berlaku kebocoran gas pada aircond tersebut.Dalam hal ini,si pemasang yang perlu tanggungjawab.Sebab jika salah pemasangan,tiada warranty diberikan.Contohnya gas bocor.

harga aircond siap pasang shah alam

Promosi Harga Aircond Siap Pasang

Kami sering membuat promosi harga aircond siap pasang di page facebook iaitu Aircond Service 4U By Adimada.

Yang terbaru kami ada promosi sebelum SST dilaksanakan iaitu sebelum 30 Ogos 2018.Ramai yang tak lepaskan peluang membeli aircond sementara masih tiada tax dikenakan.Mungkin anda boleh periksa harga aircond murah siap pasang DISINI.

Nak Harga Aircond Murah Sangat Akhirnya Menyesal

Bagaimana Anda Nak Beli Harga Aircond Siap Pasang Dengan Kami?

Sekiranya anda tinggal di sekitar Shah Alam & Kl, anda boleh hubungi kami di:-

Office/Kedai 03 7832 6597

Whatsapp 019 327 6957/boleh KLIK SINI

Adimada Engineering (M) Sdn Bhd (1116597-M)
No 40-1 Ground Floor,Jalan Nova K,
U5 K,Subang Bestari,40150
Shah Alam 

Kami bukan sahaja menjual dan memasang aircond,sekiranya anda dah lebih setahun tak pernah servis aircond,boleh juga hubungi kami.Kami mempunyai 4 team yang berpengalaman dalam semua jenis aircond rumah dan pejabat.Boleh tengok page Aircond Service Shah Alam

harga aircond siap pasang by adimada

Mesti anda rasa bila aircond tak sejuk mesti nak kena isi gas kan?Ramai yang masih tak tahu gas air cond ni bukannya petrol,lepas habis guna kena isi semula.Jom baca artikel bawah ini adakah air cond gas habis punca tak sejuk

Adakah Air Cond Gas Habis Punca Tak Sejuk?

Apa yang saya share ini ialah daripada pengalaman saya sendiri dalam bidang aircond.Mungkin ada yang tak sependapat dengan saya,apapun pilihan anda sebagai seorang pembeli,anda mempunyai hak mutlak.Cuma,kalau ada orang tanya,saya akan beritahu supaya membeli harga aircond siap pasang.

 

Leave a Reply

%d bloggers like this: