Untung Ke Beli Harga Aircond Siap Pasang Ni
Tahu tak sebenarnya ada banyak kelebihan membeli harga aircond siap pasang.Sebenarnya bila kedai memberikan harga aircond siap pasang,mereka akan mengurangkan sedikit harga upah pasang aircond tersebut.
Ini mungkin kerana,ada aircond yang sedang dalam promosi.Jadi untuk memberikan lebih penjimatan,mereka memberikan harga aircond siap pasang.
Anda kena faham.sejak kita dilanda pandemik ni harga barang naik mendadak.Harga barang-barang pemasangan aircond seperti copper dan wire naik terus.Mungkin ada banyak kat luar sana yang memberikan harga upah pasang yang lebih murah.
Tapi anda kena ambil tahu beberapa perkara sebelum menggunakan perkhidmatan mereka.Jika tidak anda akan mendapat kerugian yang lebih besar.
Antaranya:-
Kontraktor yang berdaftar (CIDB)
Perniagaan yang berdaftar (SSM,MOF,DLL)
Kompeten dalam bidang aircond
Mempunyai premis perniagaan
Jika part time,pastikan anda kenal dan mudah dihubungi.
2 KELEBIHAN HARGA AIRCOND SIAP PASANG
Selain dari mendapat harga yang lebih murah,ada beberapa kelebihan lain yang anda akan dapat jika membeli harga aircond siap pasang.
Antaranya:-
Warranty-Jika dengan kami di Adimada Aircond,pelanggan yang membeli aircond siap pasang akan kami uruskan warranty mereka jika berlaku kerosakan pada aircond tersebut secara percuma,
Malah kami juga akan datang terlebih dahulu untuk periksa sekiranya aircond yang dipasang mengalami masalah tak sejuk atau sebagainya secara percuma.
Jika masalah datang dari pemasangan,technician kami akan selesaikan,jika masalah dari unit itu sendiri,kami akan uruskan warranty dengan kilang.Anda tak perlu susah-susah dah.
Kerosakan-Jika berlaku kerosakan pada aircond selepas pemasangan,anda nak panggil siapa?Tokey kedai aircond atau pemasang aircond?Inilah masalah yang sering berlaku.
Sebab itu,jika anda membeli harga aircond siap pasang,anda hanya perlu berurusan dengan 1 orang sahaja.Mudah kan?Ada kes yang berlaku,apabila aircond anda yang baru pasang mengalami masalah tidak sejuk,sudah tentu anda akan hubungi technician yang pasang kan?
Apa yang terjadi si pemasang aircond tak mengaku salah mereka,dan suruh berurusan dengan kedai untuk “claim warranty”.Selepas itu kedai pun claim warranty dengan Kilang.
Masalahnya bila technician dari kilang datang dan periksa,mereka mendapati ada berlaku kebocoran gas pada aircond tersebut.Dalam hal ini,si pemasang yang perlu tanggungjawab.
Sebab jika salah pemasangan,tiada warranty diberikan.Contohnya gas bocor.Harga gas sekarang dahla mahal.Akhirnya terpaksa panggil technician lain untuk baikpulih dan isi gas.Tak pasal-pasal kena tambah kos.
PROMOSI HARGA AIRCOND SIAP PASANG
Kami sering membuat promosi harga aircond siap pasang di page facebook rasmi kami iaitu Adimada Aircond Service.Anda juga boleh mengikuti kami di instagram Adimada Aircond.Yang terbaru kami ada di TikTok sekarang.
Pemilihan jenama aircond juga penting,jika anda nak beli aircond baru sebaiknya tanya pada technician aircond.Technician yang berpengalaman lebih tahu jenama aircond yang mana tahan lasak,mudah claim warranty,senang dapat sparepart dan sebagainya.
Yang terbaru kami ada buat promosi harga aircond siap pasang pelbagai jenama yang dipercayai.Harga kami bermula dari:-
Aircond Daikin 1hp R32 Non Inverter RM 1460
Aircond Acson 1hp R32 Non Inverter RM 1400
Aircond Panasonic 1hp Non Inverter RM 1450
Aircond Midea 1hp Non Inverter RM 1250
Aircond Haier 1hp Non Inverter RM 1200
Boleh Klik Sini
Tak Cukup Cash Nak Beli Aircond Siap Pasang?
Jangan risau tuan/puan,kini aircond pun dah boleh beli secara ansuran.Ikut pada budget dan kewangan masing-masing.Sekarang ni SK Magic ada menyediakan pakej pemasangan aircond sk magic X samsung.Sk Magic aircond kini boleh di miliki dengan pakej serendah RM 79 sahaja.
Berminat untuk beli aircond ansuran? Ya,aircond bayar bulan-bulan.Ni Aircond Inverter tau yang jimat elektrik,ni bukan aircond biasa-biasa.Sk Magic Aircond ni memang teknologi baru.Boleh klik link kat bawah ni untuk lebih detail.
HARGA AIRCOND SIAP PASANG SECARA ANSURAN
Kami bukan sahaja menjual dan memasang aircond,sekiranya anda dah lebih setahun tak pernah servis aircond,boleh juga hubungi kami.Kami mempunyai 3 team yang berpengalaman dalam semua jenis aircond rumah dan pejabat.Boleh rujuk promosi servis aircond rumah kami
Mesti anda rasa bila aircond tak sejuk mesti nak kena isi gas kan?Ramai yang masih tak tahu gas air cond ni bukannya petrol,lepas habis guna kena isi semula.Jom baca artikel bawah ini adakah air cond gas habis punca tak sejuk
Baca Sini Adakah Gas Air Cond Habis Punca Tak Sejuk?Perlukah Topup Gas Setiap Kali Service?
Apa yang saya share ini ialah daripada pengalaman saya sendiri dalam bidang aircond.Mungkin ada yang tak sependapat dengan saya,apapun pilihan anda sebagai seorang pembeli,anda mempunyai hak mutlak.Cuma,kalau ada orang tanya,saya akan nasihatkan supaya membeli harga aircond siap pasang.